You are currently viewing Sistem Metallic Epoxy Floor: Panduan Untuk Anda

Sistem Metallic Epoxy Floor: Panduan Untuk Anda

Sistem Lantai Epoxy Metalik atau sistem Metallic Epoxy Floor sangat popular pada akhir-akhir ini. Bermula di Amerika Syarikat sebagai satu trend, kini trend ini telah merebak ke seluruh dunia.

Sejak dua tahun lepas lagi, saya telah melibatkan diri dalam kerja-kerja aplikasi sistem Metallic Epoxy Floor.

Dan selepas beratus-ratus kali bereksperimen, yang kebanyakannya gagal… Saya kini sudah berasa cukup yakin untuk berkongsi pengalaman apa yang telah saya pelajari selama ini.

Jadi dibawah ini saya kongsikan beberapa panduan saya tentang cara untuk mengaplikasi sistem Metallic Epoxy Floor.

Aplikasi Sistem Metallic Epoxy Floor

Persediaan Permukaan

Persediaan permukaan bagi sistem Metallic Epoxy Floor tidak banyak berbeza dengan persediaan permukaan bagi sistem Lantai Epoxy yang lain.

Asasnya adalah sama: anda perlu memastikan permukaan lantai adalah dalam keadaan yang rata dan bersih (sebaiknya permukaan konkrit).

Pastikan anda sudah calarkan (grinding) permukaan terlebih dahulu sebelum proses aplikasi sistem Metallic Epoxy Floor bermula.

sistem metallic epoxy floor 2

Selepas selesai proses persediaan permukaan lantai, anda perlu aplikasikan lapisan primer Epoxy (lapisan pertama Epoxy) pada lantai untuk memastikan lekatan diantara permukaan lantai dengan sistem Metallic Epoxy Floor adalah sangat kuat dan kukuh.

Satu perkara yang anda perlu sentiasa berwaspada ialah sistem Metallic Epoxy Floor adalah sangat sensitif kepada habuk, permukaan tidak rata serta lubang.

Kecacatan walaupun sedikit akan merosakkan permukaan lantai Metallic Epoxy Floor.

Oleh itu, prosedur bagi memastikan permukaan sentiasa bersih adalah amat penting ketika proses aplikasi sistem Metallic Epoxy Floor.

sistem metallic epoxy floor 3

Proses sistem Metallic Epoxy Floor

Saya amat syorkan kepada anda untuk aplikasikan salutan metalik pada permukaan lapisan primer Epoxy yang berwarna gelap.

Ini kerana lapisan primer Epoxy yang berwarna gelap akan menyerlahkan lagi warna metalik tersebut. Sama seperti kesan kaca dan cermin.

Apabila kita warnakan hitam disebelah sisi kaca, kaca tersebut akan menjadi seperti cermin. Ini juga akan terjadi kepada pigment warna metalik.

Banyak warna metalik seperti biru, perak (silver), putih ais (icy white) tidak begitu menyerlah jika warna primer Epoxy bukan berwarna gelap.

Manakala bagi warna seperti gangsa atau emas, perbezaan antara keduanya akan menjadi tidak jelas.

sistem metallic epoxy floor 4

Apabila warna primer epoxy hitam telah kering, anda boleh terus aplikasikan lapisan warna epoxy metalik.

Lapisan salutan epoxy metalik mengandungi 3 komponen:

A- Bahan Epoxy berwarna jernih

B- Bahan Hardener (Pengeras)

C- Pigment warna Metalik – Anda boleh gunakan jenis serbuk ataupun yang jenis pes (paste). Tapi saya lebih suka gunakan yang jenis serbuk. Semua syarikat patut bekalkan jumlah pigment yang mencukupi mengikut nisbah campuran Epoxy dan Hardener.

Campurkan ketiga-tiga komponen bersama-sama dengan pengadun (mixer) serta kacau atau adun dengan kelajuan yang perlahan.

Jangan guna kelajuan yang terlalu laju kerana ini akan menyebabkan terhasilnya buih udara Epoxy.

Aplikasikan sistem Metallic Epoxy Floor

Mengaplikasikan sistem Metallic Epoxy Floor dan dapat hasil yang dikehendaki adalah satu seni.

Tekstur akhir dan kaedah aplikasi bergantung kepada anda. Ada beberapa perkara yang mungkin anda patut tahu.

Anda bebas untuk mencampurkan satu warna atau kombinasi beberapa warna. Setiap warna haruslah diadun dalam bekas epoxy yang berlainan.

Jangan cuba untuk campurkan 2 warna dalam satu bekas yang sama.

Ini kerana selalunya warna yang tinggi kepekatan akan lebih mendominasi dan seterusnya menghilangkan kesan warna-warni.

sistem metallic epoxy floor 5

Secara keseluruhannya, pastikan anda aplikasikan campuran metalik kira-kira 500-700 gram bagi satu meter persegi.

Jika anda aplikasikan kurang daripada jumlah tersebut maka mungkin akan ada permukaan yang tidak diliputi serta akan muncul masalah lekukan (fisheye).

Sebaliknya, jika anda aplikasikan bahan campuran tersebut melebihi apa yang disyorkan berkemungkinan campuran menjadi tebal dan akan menghalang pantulan cahaya dan kesan metalik.

Ratakan campuran metalik dengan menggunakan penarik air (wiper/squeegee) atau penggelek (mohair roller) untuk pastikan campuran metalik tadi rata ke semua bahagian permukaan.

sistem metallic epoxy floor 6

Sekali lagi diingatkan bahawa kotoran, habuk dan debu yang hinggap diatas permukaan campuran akan mengakibatkan hasil permukaan menjadi cacat dan tidak sempurna.

Pastikan anda sudah bersihkan keseluruhan kawasan dengan sempurna.

Patut Salut Atau Tidak Lapisan Luar (Topcoat)

Oleh kerana lapisan salutan Metalik akan terdedah kepada calar, anda boleh pertimbangkan untuk lindungi lapisan metalik tersebut dengan satu lagi salutan lapisan luar yang jernih (Clear Topcoat).

Namun, terdapat pelbagai masalah yang mungkin akan berkait dengan clear topcoat ini.

Jika anda dah putuskan untuk akan salut permukaan Metalik dengan topcoat, yang paling dicadangkan ialah topcoat yang berasaskan PU (Polyurethane) atau Polyaspartics.

Pastikan topcoat yang anda pilih adalah tahan sinaran UV (UV resistant) dan tahan calar.

Walaubagaimanapun, anda kena berhati-hati, topcoat jernih adalah magnet habuk!

Sebelum anda aplikasikan/salut topcoat, pastikan anda telah bersihkan permukaan dengan teliti.(Banyak kali telah saya tekankan perkara ini)

sistem metallic epoxy floor 7

Ada beberapa perkara penting tentang bahan Epoxy dan Metalik. Ramai yang beranggapan bahawa mana-mana jenis Epoxy dan warna pigment Metalik boleh digunakan untuk aplikasi sistem Metallic Epoxy Floor.

Ini salah dan sangat berisiko. Kebanyakan Epoxy jernih yang dijual sebagai bahan mentah di pasaran tidak diformulasi dengan baik.

Anda mungkin akan menghadapi masalah buih udara atau lekukan kawah-kawah kecil.

Tambahan pula, tidak semua pigmen warna sesuai dengan Epoxy. Saya mengambil masa banyak tahun untuk mencuba dan buat silap untuk dapatkan hasil yang terbaik.

Diterjemah dan diolah daripada artikel:
https://learncoatings.com/guide-install-metallic-epoxy-floor/