You are currently viewing Projek Lantai Epoxy : 7 Perkara Yang Saya Pelajari Ketika Mengurusnya

Projek Lantai Epoxy : 7 Perkara Yang Saya Pelajari Ketika Mengurusnya

  • Post author:
  • Post category:Epoxy

Mempelajari cara untuk mengaplikasi sistem lantai Epoxy adalah satu kemahiran.

Tetapi sebenarnya menguruskan projek lantai Epoxy yang kompleks dan rumit daripada awal hingga akhir adalah satu lagi kemahiran yang berlainan.

Menguruskan Projek Lantai Epoxy

Dalam artikel ini saya ingin menekankan beberapa perkara yang paling penting yang telah saya pelajari selama ini.

Beberapa pelajaran ini saya dapat dengan cara yang sangat susah payah… Saya terus melakukan kesilapan yang sama sehingga saya sedar bahawa sesuatu harus diubah.

1. Semuanya bergantung kepada keputusan anda

Seorang pekerja akan mencadangkan supaya anda buat ini, seorang lagi pekerja akan mengatakan anda perlu lakukan yang itu.

Pelanggan-pelanggan anda akan cuba mengarah anda dan mencadangkan idea-idea mereka. Tetapi akhirnya anda yang akan bertanggungjawab.

Sekiranya projek lantai epoxy itu tidak menjadi atau hasilnya teruk, anda tidak akan dibayar. Dan anda tidak akan boleh menyalahkan pelanggan anda.

Jadi jangan sekali-kali anda bersetuju untuk melakukan sesuatu yang anda rasa tidak sesuai. Projek ini adalah tanggungjawab anda dan anda perlu menunjukkan kepimpinan.

2. Akan ada peralatan yang rosak

Sama ada peralatan tangan atau grinder lantai, peralatan mempunyai kecenderungan untuk rosak apabila anda mahu menggunakannya.

projek lantai epoxy grinder
Grinder
Kredit Gambar: homefixated.com

Sebagai contohnya, adakah anda bersedia dengan arang kemungkinan apabila anda melakukan projek lantai epoxy pada waktu cuti hujung minggu yang mana kebanyakan kedai servis peralatan ditutup?

Inilah sebabnya mengapa anda perlu ada persediaan (backup plan) terhadap sebarang kemungkinan.

Bolehkah seseorang meminjamkan peralatan mereka kepada anda untuk sementara? Adakah anda mempunyai pekerja yang mempunyai kemahiran membaiki peralatan elektrik?

Kebanyakan kerosakan mesin dan alat elektrik boleh dibaiki dengan mudah dalam masa beberapa minit.

Seeloknya, pastikan anda mempunyai pekerja yang boleh menjalankan tugas backup plan tersebut!

3. Pastikan kakitangan anda faham arahan anda

Setiap kali seorang pekerja mengangguk dan berkata “Ya” tanpa bertanya banyak soalan itu bermakna mereka berkemungkinan tidak faham apa yang anda katakan. Sekadar mengangguk dan mengiyakan.

Tanya balik dan pastikan mereka betul-betul faham. Pantau kerja mereka. Tengok sama ada mereka buat seperti mana apa yang anda arahkan.

Bahasa untuk berkomunikasi dan perbezaan budaya adalah sesuatu yang sangat biasa di tapak projek lantai epoxy. Apa yang kelihatannya sangat jelas kepada anda, boleh jadi benar-benar asing kepada seseorang yang hanya memahami beberapa kata asas dalam bahasa anda.

4. Dengar semua cadangan

Anda mungkin orang yang paling berpengalaman di tapak projek lantai epoxy, anda mungkin satu-satunya orang yang telah membaca helaian data teknikal tetapi anda tidak boleh menganggap bahawa andalah yang paling bijak.

Selalunya banyak masalah kompleks di tapak projek lantai epoxy dapat ditangani dengan mudah oleh pekerja-pekerja. Selalunya, pekerja yang sudah biasa melakukan kerja-kerja di tapak projek lantai epoxy mempunyai penyelesaian yang sangat mudah kepada masalah yang kompleks berdasarkan pengalaman mereka. Jadi dengari juga cadangan mereka.

5. Dokumentasikan semuanya.

Kami hidup di zaman telefon pintar. Ambil gambar (dengan syarat anda mempunyai kebenaran). Pantau semua kerja yang telah disiapkan, dan semasa ia sedang disiapkan. Pantau bahan-bahan yang digunakan dan berapa banyak yang telah digunakan.

projek lantai epoxy documentation
Dokumentasikan perjanjian anda
Kredit Gambar: www.mirazon.com

Jika anda telah bersetuju kepada pelanggan untuk kerja-kerja tambahan, pastikan ada perjanjian secara bertulis. Sangat melucukan bila ada pelanggan yang akan buat-buat lupa perjanjian kerja tambahan yang telah dibuat ketika hendak buat pembayaran kepada anda.

Semakin serius anda bertindak, semakin serius urusan anda dengan pelanggan anda.

Lama kelamaan, anda akan perasan bahawa anda tidak lagi berurusan dengan pelanggan yang banyak masalah, dan hanya orang yang serius sahaja yang ingin berurusan dengan anda.

6. Pengurusan bekalan stok

Setiap kontraktor Epoxy mempunyai kisah-kisah teruk untuk diceritakan. Ada kisah permukaan lantai di kawasan tertentu yang tidak mengeras kerana campuran Epoxy yang tidak sekata, atau kisah kehabisan bahan Epoxy walaupun hanya tinggal 3 meter persegi lagi untuk disiapkan.

Jika anda simpan semua produk anda secara terurus dan ada rekod jumlah stok, risiko untuk anda hadapi masalah dapat dikurangkan.

projek lantai epoxy pengurusan stok
Pengurusan stok
Kredit Gambar: creativepool.com

Sangat disyorkan jika anda ada pekerja yang hanya ditugaskan khas untuk menjaga bahagian pengurusan stok.

7. Tetapkan peraturan dan hadkan akses masuk ke tapak kerja

Tidak ada yang lebih mengecewakan daripada orang yang berjalan lalu-lalang di kawasan tapak projek, asyik berkongsi pandangan mereka, mengganggu pekerja anda atau asyik bertanya soalan.

Paling teruk mereka membawa debu-debu dan atau kotoran pada tapak kasut mereka. Mereka mungkin akan merosakkan kawasan yang telah dibuat persediaan permukaan dan kawasan-kawasan lain.

Kita faham bahawa pelanggan juga mahu lihat bagaimana kerja sedang berjalan.

Tetapi anda patut tetapkan sempadan kawasan yang boleh dilalui dengan jelas, Gunakan pita penanda jalan bewarna merah/kuning untuk memberikan akses yang terhad. Mungkin anda juga pasang papan tanda dilarang masuk.

under construction label with traffic signals
Dilarang masuk
Kredit Gambar: www.freepik.com

Ini untuk menyampaikan mesej yang jelas kepada semua orang bahawa kawasan itu tidak boleh dilalui dan akses adalah terhad.

Diterjemah dan diolah daripada artikel:
https://learncoatings.com/7-things-tat-learnt-managing-epoxy-flooring-projects/