3 Perkara Yang Akan Terjadi Jika Anda Tidak Mengikut Nisbah Campuran Epoxy Yang Betul

3 Perkara Yang Akan Terjadi Jika Anda Tidak Mengikut Nisbah Campuran Epoxy Yang Betul

  • Post author:
  • Post category:Epoxy

Sistem salutan Epoxy mengandungi dua bahan penting iaitu Epoxy (Part A) dan hardener (Part B). Anda perlu mencampur kedua-dua bahan tersebut sebelum boleh digunakan sebagai salutan Epoxy. Campuran kedua-dua bahan tersebut perlu mengikut nisbah (ratio) campuran yang betul untuk campuran epoxy tersebut mengeras dengan sempurna. Nisbah campuran yang biasa kami gunakan ialah 2 nisbah 1 atau 2:1.

Jika anda tidak mencampurkan kedua-dua bahan tersebut mengikut nisbah yang betul serta campuran tidak sebati, proses pengerasan atau curing process tidak akan sempurna dan seterusnya merosakkan salutan Epoxy tersebut.  Dalam artikel ini kami akan kongsikan akibat yang akan berlaku jika anda tidak mencampur campuran Epoxy dan Hardener mengikut nisbah yang betul.

nisbah epoxy epoxy flake coating epoxy resin flake coating flooring malaysia polimer2
Campuran Epoxy & Hardener

1. LANTAI EPOXY AKAN MELEKIT

Permukaan lantai yang telah disalut dengan salutan Epoxy sama ada menggunakan sistem Epoxy Flake Coating atau lain-lain sistem salutan, ia akan menjadi sangat melekit jika Curing Process tidak sempurna. Campuran bahan Epoxy dan Hardener tersebut tidak akan mengeras keseluruhannya. Ini adalah disebabkan nisbah campuran yang salah. Anda telah terlebih memasukkan jumlah isipadu Epoxy berbanding nisbah yang sepatutnya.

Curing Process atau proses mengeras juga akan mengambil masa yang lama. Situasi ini adalah situasi yang paling teruk kerana amat susah untuk anda baiki semula keadaan lantai tersebut. Untuk membaikinya, anda terpaksa membuang semua salutan yang telah dibuat dan anda perlu menyalut semula permukaan lantai. Ini akan mengakibatkan kos akan meningkat berkali ganda.

2. LANTAI EPOXY TIDAK AKAN MENGERAS DAN TIDAK TAHAN LAMA

Jika permukaan lantai tidak melekit sekalipun, salutan Epoxy yang tersalah nisbah campuran akan menyebabkan ianya tidak betul-betul mengeras. Keadaan Epoxy yang tidak mengeras dengan sempurna ini akan menyebabkan salutan tersebut mudah tertanggal daripada lantai.

Ikatan kimia atau Chemical Bonding salutan Epoxy itu tidak kuat. Ia juga akan menyebabkan permukaan lantai juga menjadi cepat kotor kerana kesan calar mudah berlaku.

Ikatan fizikal atau Physical Bonding antara salutan Epoxy dan lantai mozek/konkrit juga sangat lemah dan tidak akan bertahan lama. Sepatutnya salutan Epoxy tersebut sangat  tahan lasak, kekal lama dan boleh bertahan melebihi 10 tahun. Bagi kami sendiri, untuk sistem Epoxy Colour Coating (ECC), kami akan berikan waranti kepada pelanggan kami selama 3 tahun jaminan.

3. LANTAI EPOXY AKAN MUDAH MEREKAH DAN PECAH

Salutan Epoxy pada permukaan lantai berkemungkinan akan merekah dan mudah pecah jika tersalah nisbah campuran. Jika ini berlaku, berkemungkinan besar anda tersalah nisbah campuran dengan memasukkan jumlah Hardener yang lebih banyak berbanding nisbah sebenar. Salutan pada permukaan lantai tersebut anda menjadi sangat rapuh. Masa untuk  Curing Process atau proses mengeras adalah sangat cepat. Lantai Epoxy anda berkemungkinan tidak mampu untuk bertahan dalam jangka masa lama.