You are currently viewing Memahami kehausan dan kelusuhan Lantai Industri (Wear and Tears)

Memahami kehausan dan kelusuhan Lantai Industri (Wear and Tears)

Bila bercakap tentang kehausan dan kelusuhan lantai industri, kebiasaannya para pelanggan dan kontraktor ingin mengetahui berapa lama ketahanan lantai Epoxy industri.

kehausan dan kelusuhan lantai industri Lantai Epoxy Industri
Lantai Epoxy Industri di sebuah kilang.
Kredit Gambar: my.paintinglp.com

Jawapan saya kebiasaannya agak samar dalam erti kata bahawa hayat lantai industri tidak mempunyai tempoh masa yang tetap apatah lagi persoalan bilakah ianya akan mula rosak iaitu haus dan lusuh.

Terdapat beberapa faktor utama yang akan mempengaruhi jangka hayat lantai epoxy industri selain daripada kesilapan proses salutan seperti:

a) jenis beban yang memberi tekanan kepada lantai
b) kekerapan pergerakan lalu lintas diatas permukaan lantai
c) Bagaimana lantai dibersihkan dan dikendalikan dengan betul

Memahami Kehausan Dan Kelusuhan Lantai Industri

Marilah kita lihat setiap faktor ini dengan lebih terperinci:

Jenis beban memainkan peranan penting kepada kehausan dan kelusuhan lantai industri.

Sebagai contoh, permukaan lantai gudang akan mempunyai ketahanan yang lebih tinggi bagi menghadapi tekanan mekanikal berbanding daripada lantai di tempat letak kereta.

Di dalam gudang selalunya akan ada trak pallet yang dikendalikan dengan menggunakan tangan dan forklift.

kehausan dan kelusuhan lantai industri forklift
Forklift Elektrik
Kredit Gambar: amforklift.com.my

Keseluruhan berat trak tersebut serta lebihan beban pada roda plastik kecil ini berpusat di sekitar titik tertentu.

Bayangkan satu tan pallet pada salah satu trak ini (lihat gambar di bawah) dan berapa banyak daya tekanan yang dikenakan pada permukaan lantai pada titik tertentu.

kehausan dan kelusuhan lantai industri trak pallet
Trak Pallet yang dikendalikan dengan menggunakan tangan.

Bandingkan pula tekanan itu kepada beban di permukaan lantai tempat letak kereta. Kenderaan biasanya mempunyai berat yang sekata dan fungsi tayar getah lebar yang bagus. Ianya akan memberikan daya tekanan yang cukup ringan kepada lantai.

Kekerapan trafik adalah faktor yang sangat penting. Permukaan lantai tempat letak kereta di blok pangsapuri mungkin hanya perlu dilalui 20-30 buah kereta, keluar dan masuk setiap hari.

Bandingkan dengan tempat letak kereta dalaman di pusat membeli-belah yang sibuk. Terdapat beribu-ribu buah kenderaan yang lalu di atas permukaan lantai setiap jam.

Jelas disini bahawa lantai di pusat membeli-belah akan mengalami 100 kali tekanan dan akan lebih cepat haus.

Akhir sekali penyelenggaraan lantai adalah sangat penting jika anda ingin meningkatkan ketahanan lantai anda. Lantai Epoxy juga memerlukan pembersihan secara berkala.

Jika anda tidak membersihkannya, permukaan lantai akan menjadi cepat kotor, serta penuh dengan batu, kerikil dan lain-lain yang ditinggalkan oleh kenderaan, forklift, dan orang yang keluar dan masuk melalui kawasan tersebut.

Ini akan menyebabkan permukaan menjadi cepat calar yang boleh menyebabkan kepada melekatnya lebih banyak kotoran. Akhirnya ini menjadi kelihatan sangat buruk dan lantai menjadi lebih cepat haus.

Jadi di masa hadapan, jika anda lihat lantai industri yang sudah haus, anda tidak boleh terus buat kesimpulan bahawa resin Epoxy adalah lebih baik daripada resin Poliuretana, atau bahawa produk ini lebih tahan lama daripada produk tersebut.

Anda perlu mempertimbangkan semua perkara di atas terlebih dahulu untuk membuat keputusan yang sewajarnya mengenai faktor apa yang akan mempengaruhi ketahanan permukaan lantai Epoxy perindustrian.

Diterjemah dan diolah daripada artikel:
https://learncoatings.com/understanding-wear-and-tear-in-industrial-floors/