Bagi mereka yang masih baru dalam dunia pembuatan sistem Epoxy, pasti akan melakukan banyak kesilapan salutan epoxy. Ini kerana bahan Epoxy itu sendiri masih baru diperkenalkan apatah lagi sistem salutan epoxy pada lantai Epoxy Floor Coating terutamanya Epoxy Flake Coating.
Kami di Epoxy Xpert Resources (M) Sdn Bhd menggunakan nama Epoxy Colour Coating (ECC) bagi sistem salutan ini.
Kesilapan Salutan Epoxy
Dalam artikel ini, kami akan huraikan 3 kesilapan salutan epoxy yang sering dilakukan ketika membuat sistem salutan epoxy pada lantai agar anda boleh elakkan supaya hasil salutan epoxy anda kemas dan tiada masalah yang akan berlaku di kemudian hari.
1. PROSES CAMPURAN EPOXY DAN HARDENER YANG TIDAK SEMPURNA
Sistem salutan Epoxy mengandungi dua bahan penting iaitu Epoxy (Part A) dan hardener (Part B). Anda perlu mencampur kedua-dua bahan tersebut sebelum boleh digunakan sebagai salutan Epoxy.
Campuran kedua-dua bahan tersebut perlu mengikut nisbah (ratio) campuran yang betul untuk campuran epoxy tersebut mengeras dengan sempurna. Nisbah campuran yang biasa kami gunakan ialah 2 nisbah 1, atau 2:1.

Namun demikian, nisbah yang perlu anda gunakan hendaklah mengikut spesifikasi pengilang atau pembekal bahan Epoxy dan Hardener.
Anda perlu merujuk dengan pembekal anda untuk nisbah tersebut kerana terdapat pelbagai gred Epoxy dan Hardener di pasaran. Nisbah campuran Epoxy yang kami kenalpasti pernah digunakan dalam industri antaranya ialah 1:1, 2:1, 3:1 dan 4:1.
Contoh anda menggunakan bahan Epoxy dan Hardener yang menggunakan nisbah 2:1, jika anda gunakan 2kg Epoxy, maka anda perlu campurkan dengan 1 kg Hardener. Jika anda gunakan 100g Epoxy, maka anda perlu campurkan dengan 50g Hardener. Begitulah seterusnya.
Selain daripada nisbah yang betul, anda juga perlu mengadun/mengacau campuran Epoxy dan Hardener dengan kaedah yang betul. Kedua-dua campuran tersebut perlu dikacau sehingga sebati dan sempurna supaya tiada kesilapan salutan epoxy.
Namun, untuk kaedah yang terbaik, anda perlu menggunakan mesin pengadun Elektrik (Electric Mixer Machine) apabila mengacau/mengadun Bahan A dan Bahan B tersebut agar tiada kesilapan salutan epoxy nanti.
2. PERSEDIAAN PERMUKAAN YANG TERUK (TIDAK SEMPURNA)
Proses “Persediaan Permukaan” sebelum memasukkan salutan epoxy pada permukaan lantai adalah antara proses yang paling penting. Jika anda tidak lakukan dengan betul, banyak kesilapan salutan epoxy yang akan timbul nanti.
Ramai pemasang/pembuat (applicator) yang terburu-buru hendak hasil salutan epoxy yang cepat siap, melakukan proses persediaan lantai dengan acuh tidak acuh dan tidak sempurna.
Antara langkah yang mungkin tidak dilakukan dengan sempurna adalah tidak mengasarkan permukaan lantai (surface grinding) dengan menyeluruh.

Terdapat kawasan-kawasan pada permukaan yang tertinggal untuk dikasarkan. Ini akan menyebabkan salutan Epoxy akan senang tertanggal.
Campuran Epoxy yang digunakan tidak dapat menyerap terus pada lantai mozek/konkrit yang menyebabkan salutan Epoxy tidak dapat melekat dengan sempurna pada lantai mozek/konkrit. Tiada ikatan mekanikal yang kukuh dan sempurna antara keduanya.
Jika tidak dilakukan dengan baik, dengan melihat kepada keadaan yang berlaku, sudah tentu pelanggan-pelanggan anda akan tidak berpuashati dengan hasil kerja anda.
Jika masalah ini telah berlaku, anda perlu mengambil tanggungjawab untuk membaikinya semula. Mungkin anda terpaksa mengulang buat sekali lagi bermula daripada awal.
Untuk mengelakkannya, pastikan anda membuat persediaan permukaan dengan sempurna agar tiada kesilapan salutan epoxy berlaku.
Bermula daripada langkah mengasarkan (grinding) permukaan lantai mozek/konkrit dan langkah membersihkan permukaan daripada habuk-habuk dan kotoran sebelum memasukkan salutan epoxy. Ini supaya salutan epoxy dapat meresap dan melekat (bonding) dengan baik dan tiada masalah.
Suatu yang anda patut ambil perhatian dalam sistem epoxy lantai adalah kekuatan ikatan bahan kimia (chemical bonding) campuran epoxy dan hardener.
Selain itu, kekuatan ikatan mekanikal (Mechanical Bonding) antara campuran epoxy tersebut dengan permukaan lantai konkrit juga sangat penting. Pastikan proses ikatan terjadi dengan sempurna.
3. PEMBENTUKAN BUIH UDARA PADA PERMUKAAN LANTAI EPOXY
Kesilapan biasa bagi orang yang baru bermula dengan sistem epoxy adalah, mereka seringkali membiarkan permukaan lantai penuh dengan buih-buih udara. Sama ada mereka sengaja membiarkan atau mereka tidak tahu kewujudan buih-buih udara tersebut. Kebiasaannya kesilapan salutan epoxy ini yang biasa tidak diambil peduli.
Buih udara ini akan mengakibatkan terjadinya lubang-lubang (pinhole) pada permukaan salutan epoxy.

Jika anda melakukan kerja salutan Epoxy untuk mengatasi masalah kebocoran lantai (leaking), maka lantai Epoxy anda yang berlubang tersebut tidak dapat mengatasi kebocoran kerana air masih lagi boleh mengalir memasuki lubang tersebut.
Ada beberapa faktor yang menyebabkan buih udara terhasil pada permukaan Epoxy. Antaranya ialah ketika tindakbalas kimia antara campuran Epoxy dan Hardener. Selain itu adalah disebabkan oleh udara yang keluar daripada dalam simen konkrit.
Proses adunan antara bahan Epoxy dan Hardener yang tidak dilakukan dengan cermat dan kelajuan yang tinggi juga boleh menghasilkan buih udara.
Oleh itu, anda perlu mengetahui sebab-sebab yang boleh mengakibatkan buih udara terjadi supaya anda boleh meminimumkan penghasilan buih udara pada permukaan salutan Epoxy. Ini supaya hasil kerja anda kemas dan tiada lagi masalah yang akan timbul.