Apa itu Epoxy Flake Coating?

Apa itu Epoxy Flake Coating?

Bagi mereka yang berada dalam bidang pembinaan dan kontraktor serta sudah tahu apa itu epoxy, sudah tentu mereka telah sedar akan kewujudan Epoxy Coatings System (sistem salutan epoxy) yang terkini, iaitu kaedah Epoxy Flake Coating.

Kaedah ini menggunakan campuran epoxy berserta dengan colour flakes (empingan warna).

Kaedah ini sudah semakin popular dan menyebabkan semakin banyak permintaan daripada pelanggan. Sama ada mereka ingin memperbaharui permukaan lantai bilik air/tandas mereka atau ingin mengatasi masalah bilik air/tandas bocor.

Selain daripada Epoxy Flake Coating, pelbagai nama lagi para kontraktor dan syarikat jenamakan bagi menggambarkan kaedah atau sistem salutan epoxy mereka yang tersendiri.

Ada yang memberi jenama Epoxy Colour Coating, Epoxy Flake System, Epoxy Waterproofing Flake Coating, Epoxy Waterproofing Floor, Epoxy Refinishing Floor dan lain-lain. Semuanya merujuk kepada sistem yang sama iaitu Epoxy Flake Coating.

Nama Sistem Epoxy Flake Coating Kami : Epoxy Colour Coating (ECC)

Syarikat kami iaitu Epoxy Xpert Resources Sdn Bhd telah menyediakan perkhidmatan waterproofing berasaskan Epoxy sejak tahun 2016 lagi.

Kami antara syarikat Bumiputera terawal yang menawarkan perkhidmatan Epoxy Flake Coating yang kami namakan sebagai sistem Epoxy Colour Coating (ECC).

Selain daripada ECC, kami juga menawarkan perkhidmatan Epoxy Solid Coating (ESC) yang menggunakan colour pigment sebagai bahan campuran, Epoxy Metallic Coating (EMC) yang menggunakan metallic colour pigment sebagai bahan campuran dan Epoxy Stone Coating (ESC) yang menggunakan pebble stone sebagai bahan campuran.

Namun demikian, kini syarikat EXR lebih fokus kepada perkhidmatan ECC kerana sistem ini mendapat permintaan yang tinggi disebabkan ianya mempunyai corak dan warna yang pelbagai serta terbukti mampu untuk menyelesaikan masalah kebocoran bilik air/tandas yang kerap kali terjadi di rumah-rumah kediaman.

ECC adalah suatu kaedah dimana permukaan lantai sedia ada akan diperbaharui dan ditambah kualiti menggunakan salutan cecair bahan kimia Epoxy dan Color Flakes.

Cecair bahan kimia Epoxy sangat terkenal dengan kekuatan dan ketahanan sebagai salutan menyebabkan ianya semakin terkenal dalam dunia pembinaan.

Selain daripada ketahanannya, cecair Epoxy juga bersifat kalis air atau waterproofing yang bertindak sebagai pencegah kebocoran (leaking).

Ini amat sesuai untuk pembinaan lantai yang memerlukan ciri-ciri cegah bocor seperti lantai bilik air mahupun bumbung Slab konkrit. Lantai bilik air juga senang untuk dicuci dan tidak mudah untuk berlumut atau berkulat.

Color Flakes atau emping warna pula digunakan sebagai bahan gabungan bersama cecair Epoxy untuk salutan pada permukaan lantai.

Color Flakes mempunyai pelbagai jernis pilihan warna. Warna yang biasa digunakan oleh syarikat EXR ialah Putih (White), Kelabu (Grey), Kelabu Gelap (Dark Grey), Hitam (Black), Biru Cerah (Sky Blue), Biru Gelap (Dark Blue), Merah (Red), Hijau (Green), Hijau Gelap (Dark Green), Kuning (Yellow), Krim (Cream), Coklat (Brown) dan Coklat Gelap (Dark Brown).

Color Flakes bertindak sebagai lapisan yang memberi warna kepada permukaan lantai. Dekorasi corak moden dan menarik juga boleh dihasilkan melalui gabungan warna Color Flake.

Selain itu,penggunaan Color Flake juga bertujuan untuk membuatkan lapisan permukaan lantai menjadi lebih kesat (anti-slip) dan selamat bagi struktur lantai bilik air.

Proses salutan permukaan lantai untuk tujuan waterproofing dan anti-slip menggunakan kaedah ECC juga sangat menjimatkan masa berbanding cara tradisional .

Proses ini hanya mengambil masa sepantas satu hari bergantung kepada keluasan permukaan lantai. Permukaan lantai asal juga tidak perlu dipecahkan sebagaimana yang dilakukan mengikut cara tradisional.

Demi untuk memastikan kepuasan pelanggan dan menjamin kualiti perkhidmatan, syarikat EXR telah bersetuju untuk memberikan Tiga (3) tahun jaminan mengikut terma-terma dan syarat yang akan dipersetujui.