Epoxy Colour Coating (ECC)
Epoxy Colour Coating (ECC)
Kepakaran syarikat adalah dalam bidang pembaharuan permukaan lantai menggunakan inovasi terkini dalam dunia pembinaan iaitu Epoxy Colour Coating (ECC). ECC adalah suatu kaedah dimana permukaan lantai sedia ada akan diperbaharui dan ditambah kualiti menggunakan salutan cecair bahan kimia Epoxy dan Color Flakes.
Cecair bahan kimia Epoxy sangat terkenal dengan kekuatan dan ketahanan sebagai salutan menyebabkan ianya semakin terkenal dalam dunia pembinaan.
Selain daripada ketahanannya, cecair Epoxy juga bersifat kalis air atau waterproofing yang bertindak sebagai pencegah kebocoran (leaking).

Syarikat kami iaitu Epoxy Xpert Resources Sdn Bhd telah menyediakan perkhidmatan waterproofing berasaskan Epoxy sejak tahun 2016 lagi. Kami antara syarikat Bumiputera terawal yang menawarkan perkhidmatan Epoxy Flake Coating yang kami namakan sebagai sistem Epoxy Colour Coating (ECC).
Selain daripada ECC, kami juga menawarkan perkhidmatan Epoxy Solid Coating (ESC) yang menggunakan colour pigment sebagai bahan campuran, Epoxy Metallic Coating (EMC) yang menggunakan metallic colour pigment sebagai bahan campuran dan Epoxy Stone Coating (ESC) yang menggunakan pebble stone sebagai bahan campuran.
Namun demikian, kini syarikat EXR lebih fokus kepada perkhidmatan ECC kerana sistem ini mendapat permintaan yang tinggi disebabkan ianya mempunyai corak dan warna yang pelbagai serta terbukti mampu untuk menyelesaikan masalah kebocoran bilik air/tandas yang kerap kali terjadi di rumah-rumah kediaman.

Tiada Kerja Pecah Lantai Asal

3X Lebih Pantas Daripada Kaedah Tradisional (Pecah Mozek)

Jaminan Sehingga 3 Tahun

Produk Mesra Alam

Sukar Kotor & Senang Dicuci

Pelbagai Pilihan Corak
Testimoni Pelanggan



