You are currently viewing Perbandingan antara Sistem Epoxy Colour Coating (ECC) dengan Pasang Mozek Baru

Perbandingan antara Sistem Epoxy Colour Coating (ECC) dengan Pasang Mozek Baru

Ramai yang bertanya apa kelebihan sistem ECC berbanding kaedah sedia ada iaitu pecahkan lantai asal kemudian pasang mozek baru. Adakah sistem ECC ini lebih menjimatkan kos dan sebagainya.

Mungkin ramai yang masih belum tahu apa itu ECC. Sebelum kami terangkan kelebihan ECC, kami akan terangkan secara ringkas apa itu ECC terlebih dahulu.

Epoxy Colour Coating

ECC adalah singkatan kepada Epoxy Colour Coating (ECC). ECC adalah satu kaedah dimana permukaan lantai sedia ada akan diperbaharui dan ditambah kualiti menggunakan salutan cecair bahan kimia Epoxy dan Color Flakes. Sistem ini yang umumnya dikenali sebagai Epoxy Flake Coating boleh membentuk corak yang pelbagai bergantung kepada pemasangnya. Jika pemasangnya teliti, maka lebih kemas hasilnya.

Cecair bahan kimia Epoxy sangat terkenal dengan kekuatan dan ketahanan sebagai salutan menyebabkan ianya semakin terkenal dalam dunia pembinaan.  Selain daripada ketahanannya, cecair Epoxy juga bersifat kalis air atau waterproofing yang bertindak sebagai pencegah kebocoran (leaking).

hacking tiles pecah mozek epoxy floor coating 5
Epoxy Colour Coating (ECC)

Pecahkan lantai ( Hacking Tiles )

Banyak kelebihan ECC berbanding kaedah sedia ada. Antara kelebihan utamanya adalah sistem ini hanya perlukan kita untuk menyalut (coating) permukaan lantai asal tanpa perlu pecahkan lantai mozek asal. Berbanding kaedah lama, anda perlu pecahkan lantai sedia ada sebelum memasang mozek baru.

Selain itu, pemasangan sistem ECC sudah termasuk corak baharu dan sistem cegah kebocoran (waterproofing). Bagi kaedah lama pula, jika anda ingin memastikan lantai mozek anda tiada kebocoran lantai, anda perlu terlebih dahulu menampal simen Sika. Banyak proses perlu dilakukan berbanding sistem ECC.

hacking tiles pecah mozek epoxy floor coating 2
Lantai Mozek Yang Dipecahkan (Hacking Tiles)
Kredit Gambar : leaking.n.my

Masa Untuk Disiapkan

Masa yang diambil untuk sistem ECC siap juga lebih cepat, hanya mengambil masa selama 7-8jam sahaja bagi 1 bilik air bersaiz bawah 40 kaki persegi berbanding anda pasang mozek baru. Untuk memasang mozek baru pada keluasan yang sama, ianya memakan masa sekurang-kurangnya 2-3 untuk disiapkan.

Bilik air yang telah dipasang ECC juga boleh terus digunakan selepas 12jam pemasangan. Namun bagi kaedah lama, anda perlu menunggu sehingga 6-7 hari untuk memastikan simen betul-betul mengeras dengan sempurna sebelum menggunakannya.

Kebersihan Rumah Dan Persekitaran

Ketika proses pemasangan sistem ECC juga, kebersihan rumah anda lebih terjaga. Untuk proses coating, lantai asal hanya perlu dikasarkan (grinding). Jadi tidak banyak habuk dan debu yang terhasil daripada kerja-kerja pemasangan ECC tersebut.

Berbanding dengan proses pemasangan mozek baru, rumah anda akan lebih berhabuk dan berdebu. Bukan sahaja kawasan bilik air atau tandas, bahkan debu dan habuk tersebut akan berterbangan ke seluruh rumah. Ini juga tidak baik untuk kesihatan keluarga anda.

Permukaan Lantai

Dari segi penjagaan permukaan lantai pula, lantai yang dipasang dengan sistem ECC  senang untuk dicuci kotoran dan lumut. Kotoran dan lumut tidak akan melekat dengan kuat pada permukaan lantai.

Anda hanya perlu gunakan sabun biasa dan berus biasa sahaja. Jika permukaan lantai mozek, lama kelamaan kotoran dan lumut akan melekat kuat dan susah untuk dicuci. Anda perlu menyental dengan kuat untuk membuang kotoran dan lumut tersebut.

Permukaan lantai yang menggunakan sistem ECC adalah lebih kesat  dan tidak licin jika hendak dibandingkan dengan kaedah pemasangan mozek. Ini kerana sistem ECC ini menggunakan lapisan epoxy dan emping warna (colour flake) yang menyebabkan permukaan menjadi kesat dan tidak licin.

Masalah yang sering dihadapi oleh lantai mozek juga adalah simen dicelah-celah permukaan mozek lama kelamaan akan terhakis dan akan berlubang. Ini akan menyebabkan lipas, lipan, cacing dan serangga lain akan tinggal dibawah mozek.

Kadang kala mereka akan keluar daripada bawah mozek tersebut. Sebaliknya, tidak akan terjadi rongga-rongga atau lubang kepada permukaan lantai yang dipasang sistem ECC kerana sistem ini menutup keseluruhan permukaan lantai.

Kos Bahan Dan Operasi

Manakala  dari segi kos pula, jika dibandingkan sistem ECC dengan kaedah pecahkan lantai asal kemudian pasang mozek baru, kaedah ECC adalah lebih murah.

Kaedah sedia ada tersebut sedikit mahal kerana anda terpaksa membayar kos untuk pecahkan lantai sedia ada ditambah dengan kos pemasangan mozek baru beserta dengan penambahan sistem waterproofing menggunakan simen Sika. Banyak proses perlukan dilakukan dan ianya menambahkan kos anda.

Warranti Servis Dan Ketahanan

Antara kelebihan lain yang menjadikan sistem ECC pilihan adalah kami memberikan warranti selama 3 tahun. Jika ada terdapat masalah pada sistem ECC, Team EXR akan datang untuk selesaikan masalah tersebut.

Berbanding anda menggunakan kaedah sedia ada, jarang tukang yang menukar mozek sedia ada akan memberikan warranti selama tempoh warranti yang kami berikan.

Berdasarkan kepada kajian dan pemerhatian oleh pengamal epoxy, jika sistem ECC ini dipasang oleh mereka yang pakar dan terlatih, ia mampu bertahan sehingga lebih 10 tahun. Tambahan bahan seperti color flake pada bancuhan epoxy akan menguatkan lagi sistem ECC kerana ia menjadikan sistem ini berkomposit.

Sama seperti pemilihan warna dan corak mozek, anda juga boleh memilih warna dan corak bagi sistem ECC ini. Terdapat 23 pilihan warna dan 56 pilihan corak anda boleh pilih mengikut kesesuaian tema bilik air atau tandas anda.

Berdasarkan kelebihan-kelebihan sistem ECC berbanding kaedah sedia ada, kami rasa anda sendiri sudah boleh menilai sistem atau kaedah mana yang terbaik. Kami bukan ingin memburuk-burukkan kaedah sedia ada,kami hanya ingin memberikan anda alternatif yang lebih baik berbanding sistem atau kaedah sedia ada.

Boleh baca juga perkongsian kami berkaitan Perbandingan antara Sistem Epoxy Colour Coating (ECC) dengan Kaedah Tampalan Silikon dan Perbandingan antara Sistem Epoxy Colour Coating (ECC) dengan Sistem Suntikan Polyurethane (PU Injection) dalam artikel yang telah kami sediakan untuk menambah pengetahuan anda dalam bidang Epoxy Coating dan Waterproofing.