Bagi mereka yang mencari penyelesaian masalah kebocoran bumbung konkrit atau dinding disebabkan air yang meresap turun daripada ruangan atas sama ada bilik air mahupun tandas, mungkin akan mempertimbangkan beberapa cara penyelesaian atau sistem cegah kebocoran (waterproofing).
Kaedah Tampalan Silikon
Antara sistem yang diperkenalkan sama ada sistem baru atau kaedah lama ialah penggunaan Simen Sika pada lapisan bawah mozek bilik air atau tandas, sistem Suntikan Polyurethane (PU Injection), sistem Torch-on membrane, kaedah tampalan Silikon, sistem Epoxy Flake Coating dan sebagainya.
Pertimbangan dalam pemilihan sistem atau kaedah waterproofing akan mengambil kira banyak faktor antaranya ialah ketahanan, kos dan sebagainya.
Bagi mereka yang mencari penyelesaian yang melibatkan kos yang rendah mungkin akan mempertimbangkan kaedah tampalan Silikon. Tidak dapat dinafikan bahawa kaedah tampalan silikon ini sangat jimat dan murah.

Kredit Gambar : htgetrid.com
Namun apakah kaedah ini penyelesaian terbaik bagi menghadapi masalah kebocoran? Kami akan cuba bandingkan kaedah tampalan Silikon ini dengan kaedah pencegahan kebocoran kami iaitu sistem Epoxy Colour Coating (ECC) suatu jenama daripada sistem Epoxy Flake Coating.
Kelebihan ECC Berbanding Kaedah Tampalan Silikon
Bagi perbandingan kos antara kaedah tampalan Silikon dan sistem ECC kami, tentulah kaedah tampalan Silikon jauh lebih murah. Namun kaedah tampalan ini tidak kekal lama. Ianya bersifat sementara dan tidak menyelesaikan masalah kebocoran sepenuhnya. Potensi untuk bocor kembali adalah sangat tinggi.
Berbanding dengan kaedah tadi, pemasangan sistem ECC adalah bersifat kekal dan cegah kebocoran untuk jangka masa panjang. Ketahanan sistem ECC adalah melebihi 10 tahun mengikut kajian dan pemerhatian oleh pengamal industri dalam bidang Epoxy.

Tambahan bahan seperti emping warna (color flake) didalam campuran bahan Epoxy akan menguatkan lagi sistem epoxy kerana ia menjadikan sistem ini berkomposit.
Ketahanan kaedah tampalan Silikon tidak bertahan lama kerana bahan Silikon tersebut tidak meresap terus untuk melekat pada mozek atau simen. Tampalan di permukaan lantai itu bersifat sementara dan lama-kelamaan tampalan tersebut akan mudah tertanggal.
Manakala sistem ECC ini menggunakan bahan Epoxy yang sangat terkenal dengan kekuatan lekatannya. Bahan Epoxy tersebut akan meresap terus untuk melekat kuat pada permukaan lantai.
Selain itu, proses salutan Epoxy untuk sistem ECC adalah pada keseluruhan permukaan lantai. Ini menutup terus laluan air untuk meresap ke permukaan lantai.
Tidak seperti kaedah tampalan Silikon, bahan Silikon hanya boleh ditampal pada celahan mozek, rongga dan lubang permukaan lantai. Kemungkinan air untuk meresap di celah-celah tampalan adalah sangat tinggi.
Dari segi penjagaan pula, permukaan lantai sistem ECC juga sangat senang untuk dijaga dan dicuci. Bahan Epoxy yang digunakan dalam sistem ini memang terkenal dengan sifat kalis air (waterproof). Disebabkan sifat kalis air tersebut maka permukaan lantai ECC sangat sukar untuk berlumut.
Jika permukaan lantai ECC berlumut sekalipun, ianya senang untuk dicuci kerana lapisan salutan epoxy tidak menyerap air. Berbanding mozek lama atau permukaan simen, ianya senang untuk berlumut dan kotor kerana permukaan simen atau simen dicelahan mozek sangat senang menyerap air dan lama kelamaan kawasan tersebut akan berlumut.
Jadi anda tidak perlu lagi bersusah payah menyental lantai ECC dengan kuat kerana kekotoran dan lumut sukar untuk melekat.
Bagi penggunaan kaedah tampalan Silikon, anda perlu berhati-hati ketika menyental permukaan lantai supaya bahan Silikon yang ditampal tersebut tidak tertanggal dan seterusnya menyebabkan air meresap kembali.
Kelebihan lain bagi sistem ECC adalah kami memberi jaminan selama 3 tahun. Sekiranya masalah kebocoran masih berlaku, kami akan buat semula sehingga masalah bocor tersebut selesai.
Anda tidak akan dapat jaminan ini sekiranya anda menggunakan kaedah tampalan Silikon. Anda perlu selesaikan sendiri masalah kebocoran tersebut sekiranya masih berlaku.
Jadi berdasarkan perbandingan diatas, banyak kelebihan sistem ECC berbanding kaedah tampalan Silikon. Semoga anda dapat memilih kaedah yang terbaik untuk menyelesaikan masalah kebocoran di rumah anda dan kebocoran tersebut dapat diatasi sepenuhnya.
Boleh baca juga perkongsian kami berkaitan Perbandingan antara Sistem Epoxy Colour Coating (ECC) dengan Sistem Suntikan Polyurethane (PU Injection) dan Perbandingan antara Sistem Epoxy Colour Coating (ECC) dengan Pasang Mozek Baru dalam artikel yang telah kami sediakan untuk menambah pengetahuan anda dalam bidang Epoxy Coating dan Waterproofing.