Epoxy – Epoxy Xpert Resources https://epoxyxpert.com Be Better Thu, 31 Dec 2020 08:55:12 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0 https://epoxyxpert.com/wp-content/uploads/2018/12/cropped-epoxy-xpert-resources-exr-epoxy-coating-epoxy-lantai-bilik-air-1-32x32.jpg Epoxy – Epoxy Xpert Resources https://epoxyxpert.com 32 32 Projek Lantai Epoxy : 7 Perkara Yang Saya Pelajari Ketika Mengurusnya https://epoxyxpert.com/projek-lantai-epoxy/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=projek-lantai-epoxy Thu, 24 Sep 2020 09:01:25 +0000 https://epoxyxpert.com/?p=711 Epoxy Xpert Resources
Projek Lantai Epoxy : 7 Perkara Yang Saya Pelajari Ketika Mengurusnya

Mempelajari cara untuk mengaplikasi sistem lantai Epoxy adalah satu kemahiran. Tetapi sebenarnya menguruskan projek lantai Epoxy yang kompleks dan rumit daripada awal hingga akhir adalah satu lagi kemahiran yang berlainan. Menguruskan Projek Lantai Epoxy Dalam artikel ini saya ingin menekankan beberapa perkara yang paling penting yang telah saya pelajari selama ini. Beberapa pelajaran ini saya […]

Artikel Projek Lantai Epoxy : 7 Perkara Yang Saya Pelajari Ketika Mengurusnya ini diambil daripada laman web Epoxy Xpert Resources.

]]>
Epoxy Xpert Resources
Projek Lantai Epoxy : 7 Perkara Yang Saya Pelajari Ketika Mengurusnya

Mempelajari cara untuk mengaplikasi sistem lantai Epoxy adalah satu kemahiran.

Tetapi sebenarnya menguruskan projek lantai Epoxy yang kompleks dan rumit daripada awal hingga akhir adalah satu lagi kemahiran yang berlainan.

Menguruskan Projek Lantai Epoxy

Dalam artikel ini saya ingin menekankan beberapa perkara yang paling penting yang telah saya pelajari selama ini.

Beberapa pelajaran ini saya dapat dengan cara yang sangat susah payah… Saya terus melakukan kesilapan yang sama sehingga saya sedar bahawa sesuatu harus diubah.

1. Semuanya bergantung kepada keputusan anda

Seorang pekerja akan mencadangkan supaya anda buat ini, seorang lagi pekerja akan mengatakan anda perlu lakukan yang itu.

Pelanggan-pelanggan anda akan cuba mengarah anda dan mencadangkan idea-idea mereka. Tetapi akhirnya anda yang akan bertanggungjawab.

Sekiranya projek lantai epoxy itu tidak menjadi atau hasilnya teruk, anda tidak akan dibayar. Dan anda tidak akan boleh menyalahkan pelanggan anda.

Jadi jangan sekali-kali anda bersetuju untuk melakukan sesuatu yang anda rasa tidak sesuai. Projek ini adalah tanggungjawab anda dan anda perlu menunjukkan kepimpinan.

2. Akan ada peralatan yang rosak

Sama ada peralatan tangan atau grinder lantai, peralatan mempunyai kecenderungan untuk rosak apabila anda mahu menggunakannya.

projek lantai epoxy grinder
Grinder
Kredit Gambar: homefixated.com

Sebagai contohnya, adakah anda bersedia dengan arang kemungkinan apabila anda melakukan projek lantai epoxy pada waktu cuti hujung minggu yang mana kebanyakan kedai servis peralatan ditutup?

Inilah sebabnya mengapa anda perlu ada persediaan (backup plan) terhadap sebarang kemungkinan.

Bolehkah seseorang meminjamkan peralatan mereka kepada anda untuk sementara? Adakah anda mempunyai pekerja yang mempunyai kemahiran membaiki peralatan elektrik?

Kebanyakan kerosakan mesin dan alat elektrik boleh dibaiki dengan mudah dalam masa beberapa minit.

Seeloknya, pastikan anda mempunyai pekerja yang boleh menjalankan tugas backup plan tersebut!

3. Pastikan kakitangan anda faham arahan anda

Setiap kali seorang pekerja mengangguk dan berkata “Ya” tanpa bertanya banyak soalan itu bermakna mereka berkemungkinan tidak faham apa yang anda katakan. Sekadar mengangguk dan mengiyakan.

Tanya balik dan pastikan mereka betul-betul faham. Pantau kerja mereka. Tengok sama ada mereka buat seperti mana apa yang anda arahkan.

Bahasa untuk berkomunikasi dan perbezaan budaya adalah sesuatu yang sangat biasa di tapak projek lantai epoxy. Apa yang kelihatannya sangat jelas kepada anda, boleh jadi benar-benar asing kepada seseorang yang hanya memahami beberapa kata asas dalam bahasa anda.

4. Dengar semua cadangan

Anda mungkin orang yang paling berpengalaman di tapak projek lantai epoxy, anda mungkin satu-satunya orang yang telah membaca helaian data teknikal tetapi anda tidak boleh menganggap bahawa andalah yang paling bijak.

Selalunya banyak masalah kompleks di tapak projek lantai epoxy dapat ditangani dengan mudah oleh pekerja-pekerja. Selalunya, pekerja yang sudah biasa melakukan kerja-kerja di tapak projek lantai epoxy mempunyai penyelesaian yang sangat mudah kepada masalah yang kompleks berdasarkan pengalaman mereka. Jadi dengari juga cadangan mereka.

5. Dokumentasikan semuanya.

Kami hidup di zaman telefon pintar. Ambil gambar (dengan syarat anda mempunyai kebenaran). Pantau semua kerja yang telah disiapkan, dan semasa ia sedang disiapkan. Pantau bahan-bahan yang digunakan dan berapa banyak yang telah digunakan.

projek lantai epoxy documentation
Dokumentasikan perjanjian anda
Kredit Gambar: www.mirazon.com

Jika anda telah bersetuju kepada pelanggan untuk kerja-kerja tambahan, pastikan ada perjanjian secara bertulis. Sangat melucukan bila ada pelanggan yang akan buat-buat lupa perjanjian kerja tambahan yang telah dibuat ketika hendak buat pembayaran kepada anda.

Semakin serius anda bertindak, semakin serius urusan anda dengan pelanggan anda.

Lama kelamaan, anda akan perasan bahawa anda tidak lagi berurusan dengan pelanggan yang banyak masalah, dan hanya orang yang serius sahaja yang ingin berurusan dengan anda.

6. Pengurusan bekalan stok

Setiap kontraktor Epoxy mempunyai kisah-kisah teruk untuk diceritakan. Ada kisah permukaan lantai di kawasan tertentu yang tidak mengeras kerana campuran Epoxy yang tidak sekata, atau kisah kehabisan bahan Epoxy walaupun hanya tinggal 3 meter persegi lagi untuk disiapkan.

Jika anda simpan semua produk anda secara terurus dan ada rekod jumlah stok, risiko untuk anda hadapi masalah dapat dikurangkan.

projek lantai epoxy pengurusan stok
Pengurusan stok
Kredit Gambar: creativepool.com

Sangat disyorkan jika anda ada pekerja yang hanya ditugaskan khas untuk menjaga bahagian pengurusan stok.

7. Tetapkan peraturan dan hadkan akses masuk ke tapak kerja

Tidak ada yang lebih mengecewakan daripada orang yang berjalan lalu-lalang di kawasan tapak projek, asyik berkongsi pandangan mereka, mengganggu pekerja anda atau asyik bertanya soalan.

Paling teruk mereka membawa debu-debu dan atau kotoran pada tapak kasut mereka. Mereka mungkin akan merosakkan kawasan yang telah dibuat persediaan permukaan dan kawasan-kawasan lain.

Kita faham bahawa pelanggan juga mahu lihat bagaimana kerja sedang berjalan.

Tetapi anda patut tetapkan sempadan kawasan yang boleh dilalui dengan jelas, Gunakan pita penanda jalan bewarna merah/kuning untuk memberikan akses yang terhad. Mungkin anda juga pasang papan tanda dilarang masuk.

under construction label with traffic signals
Dilarang masuk
Kredit Gambar: www.freepik.com

Ini untuk menyampaikan mesej yang jelas kepada semua orang bahawa kawasan itu tidak boleh dilalui dan akses adalah terhad.

Diterjemah dan diolah daripada artikel:
https://learncoatings.com/7-things-tat-learnt-managing-epoxy-flooring-projects/

Artikel Projek Lantai Epoxy : 7 Perkara Yang Saya Pelajari Ketika Mengurusnya ini diambil daripada laman web Epoxy Xpert Resources.

]]>
Apa itu Epoxy Colour Coating (ECC)? https://epoxyxpert.com/apa-itu-epoxy-colour-coating/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=apa-itu-epoxy-colour-coating Mon, 23 Dec 2019 10:02:18 +0000 https://epoxyxpert.com/?p=1973 Epoxy Xpert Resources
Apa itu Epoxy Colour Coating (ECC)?

ECC mula dikenalkan pada tahun 2016 oleh Epoxy Xpert Resources (M) Sdn Bhd di Kuantan. Kaedah ini menggunakan epoxy resin sebagai bahan utama dan colour flake sebagai bahan composite-nya. Proses pemasangan ECC bermula dengan langkah persediaan permukaan iaitu dengan mengkasarkan lantai. Setelah itu semua lubang yang terdapat dilubang lantai akan ditutup dahulu epoxy filler (epoxy […]

Artikel Apa itu Epoxy Colour Coating (ECC)? ini diambil daripada laman web Epoxy Xpert Resources.

]]>
Epoxy Xpert Resources
Apa itu Epoxy Colour Coating (ECC)?

ECC mula dikenalkan pada tahun 2016 oleh Epoxy Xpert Resources (M) Sdn Bhd di Kuantan. Kaedah ini menggunakan epoxy resin sebagai bahan utama dan colour flake sebagai bahan composite-nya.

Proses pemasangan ECC bermula dengan langkah persediaan permukaan iaitu dengan mengkasarkan lantai. Setelah itu semua lubang yang terdapat dilubang lantai akan ditutup dahulu epoxy filler (epoxy cement).

Penutup lubang air (floor trap) perlu ditukar jika keadaan simen sekitar lubang pecah atau rosak. Tujuan utamaya adalah untuk menghalang air daripada masuk kedalam lubang air pada bahagian simen tersebut.

Epoxy Resin Flake Coating & Flooring Malaysia LANGKAH KERJA ECC
Antara Langkah Kerja ECC

Setelah selesai persediaan permukaan, langkah seterusnya dengan melapis lapisan primer. Kemudian flake akan di ratakan pada primer.

Biarkan lapisan ini separa kering. Separa kering ini dipanggil pot life. Setelah selesai pot life, bersihkan flake yg tidak sempurna lekat.

Setelah itu lapisan atas (top coat) akan di lapiskan ke atasnya. Keseluruhan proses mengambil masa 5 jam ke 8 jam sahaja untuk satu bilik air saiz standard.

Setelah proses ini selesai, biarkan selama 12 jam. Biasanya jika kerja pemasangan siap pukul 5 petang, 5 pagi esoknya bilik air dah boleh digunakan.

Secara asasnya kaedah ini hanya mengambil masa satu hari sahaja untuk di siapkan. Kebiasaanya dalam masa 7 hari kesan bocor akan mula mengering.

Inilah serba ringkas langkah pembuatan ECC. Jom tonton video ringkas kaedah pemasangan ECC di YouTube Channel #TeamEXR.

Artikel Apa itu Epoxy Colour Coating (ECC)? ini diambil daripada laman web Epoxy Xpert Resources.

]]>
3 Kesilapan Salutan Epoxy Pada Lantai (Epoxy Floor Coating) https://epoxyxpert.com/kesilapan-salutan-epoxy/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kesilapan-salutan-epoxy Sat, 06 Jul 2019 13:36:14 +0000 https://epoxyxpert.com/?p=469 Epoxy Xpert Resources
3 Kesilapan Salutan Epoxy Pada Lantai (Epoxy Floor Coating)

Bagi mereka yang masih baru dalam dunia pembuatan sistem Epoxy, pasti akan melakukan banyak kesilapan salutan epoxy. Ini kerana bahan Epoxy itu sendiri masih baru diperkenalkan apatah lagi sistem salutan epoxy pada lantai Epoxy Floor Coating terutamanya Epoxy Flake Coating. Kami di Epoxy Xpert Resources (M) Sdn Bhd menggunakan nama Epoxy Colour Coating (ECC) bagi […]

Artikel 3 Kesilapan Salutan Epoxy Pada Lantai (Epoxy Floor Coating) ini diambil daripada laman web Epoxy Xpert Resources.

]]>
Epoxy Xpert Resources
3 Kesilapan Salutan Epoxy Pada Lantai (Epoxy Floor Coating)

Bagi mereka yang masih baru dalam dunia pembuatan sistem Epoxy, pasti akan melakukan banyak kesilapan salutan epoxy. Ini kerana bahan Epoxy itu sendiri masih baru diperkenalkan apatah lagi sistem salutan epoxy pada lantai Epoxy Floor Coating terutamanya Epoxy Flake Coating.

Kami di Epoxy Xpert Resources (M) Sdn Bhd menggunakan nama Epoxy Colour Coating (ECC) bagi sistem salutan ini.

Kesilapan Salutan Epoxy

Dalam artikel ini, kami akan huraikan 3 kesilapan salutan epoxy yang sering dilakukan ketika membuat sistem salutan epoxy pada lantai agar anda boleh elakkan supaya hasil salutan epoxy anda kemas dan tiada masalah yang akan berlaku di kemudian hari.

1. PROSES CAMPURAN EPOXY DAN HARDENER YANG TIDAK SEMPURNA

Sistem salutan Epoxy mengandungi dua bahan penting iaitu Epoxy (Part A) dan hardener (Part B). Anda perlu mencampur kedua-dua bahan tersebut sebelum boleh digunakan sebagai salutan Epoxy.

Campuran kedua-dua bahan tersebut perlu mengikut nisbah (ratio) campuran yang betul untuk campuran epoxy tersebut mengeras dengan sempurna. Nisbah campuran yang biasa kami gunakan ialah 2 nisbah 1, atau 2:1.

epoxy-flake-coating-epoxy-resin-flake-coating-flooring-malaysia-70
Nisbah 2:1

Namun demikian, nisbah yang perlu anda gunakan hendaklah mengikut spesifikasi pengilang atau pembekal bahan Epoxy dan Hardener. 

Anda perlu merujuk dengan pembekal anda untuk nisbah tersebut kerana terdapat pelbagai gred Epoxy dan Hardener di pasaran. Nisbah campuran Epoxy yang kami kenalpasti pernah digunakan dalam industri antaranya ialah 1:1, 2:1, 3:1 dan 4:1.

Contoh anda menggunakan bahan Epoxy dan Hardener yang menggunakan nisbah 2:1, jika anda gunakan 2kg Epoxy, maka anda perlu campurkan dengan 1 kg Hardener. Jika anda gunakan 100g Epoxy, maka anda perlu campurkan dengan 50g Hardener. Begitulah seterusnya.

Selain daripada nisbah yang betul, anda juga perlu mengadun/mengacau campuran Epoxy dan Hardener dengan kaedah yang betul. Kedua-dua campuran tersebut perlu dikacau sehingga sebati dan sempurna supaya tiada kesilapan salutan epoxy.

Namun, untuk kaedah yang terbaik, anda perlu menggunakan mesin pengadun Elektrik (Electric Mixer Machine) apabila mengacau/mengadun Bahan A dan Bahan B tersebut agar tiada kesilapan salutan epoxy nanti.

2. PERSEDIAAN PERMUKAAN YANG TERUK (TIDAK SEMPURNA)

Proses “Persediaan Permukaan” sebelum memasukkan salutan epoxy pada permukaan lantai adalah antara proses yang paling penting. Jika anda tidak lakukan dengan betul, banyak kesilapan salutan epoxy yang akan timbul nanti.

Ramai pemasang/pembuat (applicator) yang terburu-buru hendak hasil salutan epoxy yang cepat siap, melakukan proses persediaan lantai dengan acuh tidak acuh dan tidak sempurna.

Antara langkah yang mungkin tidak dilakukan dengan sempurna adalah tidak mengasarkan permukaan lantai (surface grinding) dengan menyeluruh.

surface preparation epoxy floor coating
Proses Mengasarkan Permukaan Lantai – Grinding

Terdapat kawasan-kawasan pada permukaan yang tertinggal untuk dikasarkan. Ini akan menyebabkan salutan Epoxy akan senang tertanggal.

Campuran Epoxy yang digunakan tidak dapat menyerap terus pada lantai mozek/konkrit yang menyebabkan salutan Epoxy tidak dapat melekat dengan sempurna pada lantai mozek/konkrit. Tiada ikatan mekanikal yang kukuh dan sempurna antara keduanya.

Jika tidak dilakukan dengan baik, dengan melihat kepada keadaan yang berlaku, sudah tentu pelanggan-pelanggan anda akan tidak berpuashati dengan hasil kerja anda.

Jika masalah ini telah berlaku, anda perlu mengambil tanggungjawab untuk membaikinya semula. Mungkin anda terpaksa mengulang buat sekali lagi bermula daripada awal.

Untuk mengelakkannya, pastikan anda membuat persediaan permukaan dengan sempurna agar tiada kesilapan salutan epoxy berlaku.

Bermula daripada langkah mengasarkan (grinding) permukaan lantai mozek/konkrit dan langkah membersihkan permukaan daripada habuk-habuk dan kotoran sebelum memasukkan salutan epoxy. Ini supaya salutan epoxy dapat meresap dan melekat (bonding) dengan baik dan tiada masalah.

Suatu yang anda patut ambil perhatian dalam sistem epoxy lantai adalah kekuatan ikatan bahan kimia (chemical bonding) campuran epoxy dan hardener.

Selain itu, kekuatan ikatan mekanikal (Mechanical Bonding)  antara campuran epoxy tersebut dengan permukaan lantai  konkrit juga sangat penting. Pastikan proses ikatan terjadi dengan sempurna.

3. PEMBENTUKAN BUIH UDARA PADA PERMUKAAN LANTAI EPOXY

Kesilapan biasa bagi orang yang baru bermula dengan sistem epoxy adalah, mereka seringkali membiarkan permukaan lantai penuh dengan buih-buih udara. Sama ada mereka sengaja membiarkan atau mereka tidak tahu kewujudan buih-buih udara tersebut. Kebiasaannya kesilapan salutan epoxy ini yang biasa tidak diambil peduli.

Buih udara ini akan mengakibatkan terjadinya lubang-lubang (pinhole) pada permukaan salutan epoxy.

kesilapan salutan epoxy
Buih udara pada permukaan lantai epoxy

Jika anda melakukan kerja salutan Epoxy untuk mengatasi masalah kebocoran lantai (leaking), maka lantai Epoxy anda yang berlubang tersebut tidak dapat mengatasi kebocoran kerana air masih lagi boleh mengalir memasuki lubang tersebut.

Ada beberapa faktor yang menyebabkan buih udara terhasil pada permukaan Epoxy. Antaranya ialah ketika tindakbalas kimia antara campuran Epoxy dan Hardener. Selain itu adalah disebabkan oleh udara yang keluar daripada dalam simen konkrit.

Proses adunan antara bahan Epoxy dan Hardener yang tidak dilakukan dengan cermat dan kelajuan yang tinggi juga boleh menghasilkan buih udara.

Oleh itu, anda perlu mengetahui sebab-sebab yang boleh mengakibatkan buih udara terjadi supaya anda boleh meminimumkan penghasilan buih udara pada permukaan salutan Epoxy. Ini supaya hasil kerja anda kemas dan tiada lagi masalah yang akan timbul.

Artikel 3 Kesilapan Salutan Epoxy Pada Lantai (Epoxy Floor Coating) ini diambil daripada laman web Epoxy Xpert Resources.

]]>
3 Faktor Yang Menyebabkan Buih Udara Epoxy Terhasil Pada Permukaan https://epoxyxpert.com/buih-udara-epoxy/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=buih-udara-epoxy Sat, 06 Jul 2019 11:09:53 +0000 https://epoxyxpert.com/?p=467 Epoxy Xpert Resources
3 Faktor Yang Menyebabkan Buih Udara Epoxy Terhasil Pada Permukaan

Banyak faktor yang menyebabkan buih-buih udara terhasil dan kelihatan pada permukaan salutan Epoxy. Buih udara epoxy ini bukan sahaja menyebabkan permukaan Epoxy nampak tidak cantik, bahkan boleh merosakkan struktur permukaan Epoxy itu sendiri. Selain daripada bertujuan untuk memperbaharui permukaan lantai (guna kaedah Epoxy Flake Coating atau lain-lain sistem epoxy), salutan Epoxy juga dibuat untuk mengatasi […]

Artikel 3 Faktor Yang Menyebabkan Buih Udara Epoxy Terhasil Pada Permukaan ini diambil daripada laman web Epoxy Xpert Resources.

]]>
Epoxy Xpert Resources
3 Faktor Yang Menyebabkan Buih Udara Epoxy Terhasil Pada Permukaan

Banyak faktor yang menyebabkan buih-buih udara terhasil dan kelihatan pada permukaan salutan Epoxy. Buih udara epoxy ini bukan sahaja menyebabkan permukaan Epoxy nampak tidak cantik, bahkan boleh merosakkan struktur permukaan Epoxy itu sendiri.

Selain daripada bertujuan untuk memperbaharui permukaan lantai (guna kaedah Epoxy Flake Coating atau lain-lain sistem epoxy), salutan Epoxy juga dibuat untuk mengatasi masalah kebocoran terutama di bumbung slab atau lantai konkrit.

Jika terdapat banyak buih udara Epoxy yang terhasil semasa proses salutan, maka akan muncul banyak lubang-lubang (pinholes) pada permukaan salutan Epoxy apabila ianya telah mengeras.

Jadi salutan Epoxy yang dibuat tidak akan membantu untuk menyelesaikan masalah kebocoran bumbung slab atau lantai konkrit itu tadi.

Oleh itu, anda perlu mengetahui sebab-sebab yang boleh mengakibatkan buih udara epoxy terjadi supaya anda boleh meminimumkan penghasilan buih udara pada permukaan salutan Epoxy. Ini supaya hasil kerja anda kemas dan tiada lagi masalah yang akan timbul.

Masalah Buih Udara Epoxy

Dalam artikel ini, kami akan huraikan 3 faktor yang menyebabkan buih udara epoxy terhasil pada permukaan epoxy agar anda boleh elakkan supaya hasil salutan epoxy anda kemas dan tiada masalah yang akan berlaku di kemudian hari.

1. BUIH UDARA TERHASIL KETIKA CURING PROCESS

Buih udara epoxy ini terhasil ketika Curing Process iaitu ketika tindakbalas kimia antara campuran Epoxy dan Hardener. Buih ini adalah buih udara biasa dan sangat halus.

Buih udara epoxy ini boleh dihilangkan dengan menggunakan Heat Gun. Halakan udara panas pada permukaan salutan sehingga buih udara tersebut hilang. Ada juga yang menggunakan semburan api untuk hilangkan buih udara tersebut.

hot air heatgun epoxy coating bubbles
Heat Gun @ Hot Air Gun

Kaedah lain juga dengan menggunakan bahan kimia Acetone yang boleh disembur untuk hilangkan buih udara tersebut. Anda perlu berhati-hati ketika menggunakan bahan kimia Acetone kerana ianya sangat mudah terbakar.

Selain itu, anda boleh gunakan mesin vakum khas (Vacuum Chamber) untuk menghilangkan buih udara epoxy sebelum diaplikasi pada mana-mana permukaan. Namun, kos untuk membeli vakum khas ini agak mahal.

Jadi jika anda sekadar buat projek Epoxy secara suka-suka, mungkin tidak berbaloi. Melainkan anda memang serius dan ingin mencari pendapatan melalui projek Epoxy, sangat disarankan untuk membeli vakum khas ini.

buih udara epoxy vacuum epoxy
Vacuum Chamber

2. UDARA KELUAR DARIPADA KONKRIT

Jika anda buat salutan Epoxy pada permukaan konkrit, penyebab utama yang menyebabkan terhasilnya buih-buih udara pada permukaan salutan Epoxy adalah udara-udara yang keluar daripada konkrit (Outgassing).

Antara cara untuk halang udara-udara yang keluar daripada konkrit adalah dengan menyalut permukaan konkrit tersebut terlebih dahulu dengan salutan primer (Primer Coating).

Proses salutan primer ini harus dilakukan secara menyeluruh dan sempurna supaya udara-udara yang terperangkap didalam konkrit tidak dapat keluar ke atas permukaan konkrit.

Cara lain untuk hilangkan buih udara tersebut adalah dengan menggunakan penggelek berduri (Spike Roller) terutamanya ketika membuat salutan epoxy yang tebal. Ini kerana salutan epoxy yang tebal akan menghasilkan buih udara yang sangat banyak.

spike roller salutan epoxy coating metallic epoxy floor
Spike Roller

Selepas buat salutan Epoxy, gelek penggelek berduri di keseluruhan kawasan yang disalut, sebelum campuran Epoxy mengeras. Penggelek berduri ini berfungsi untuk memecahkan buih-buih udara yang terhasil.

3. BUIH UDARA TERHASIL KETIKA MIXING PROCESS

Buih udara juga boleh terhasil ketika anda melakukan proses Pengadunan (Mixing Process) antara campuran Epoxy dan Hardener.

buih epoxy resin
Buih udara pada campuran Epoxy dan Hardener
Kredit Gambar : compositeenvisions.com

Anda tidak boleh adun//kacau campuran kedua-dua bahan tersebut dengan kelajuan yang tinggi. Sama ada anda menggunakan kaedah manual (kacau menggunakan Roller) atau anda kacau menggunakan mesin pengadun Elektrik (Electric Mixer Machine).

Kacau dengan kelajuan sederhana agar anda dapat meminimumkan penghasilan buih udara. Sama seperti gas udara yang terhasil bagi proses tindakbalas biasa, anda boleh hilangkan buih udara yang terhasil akibat proses pengadunan dengan menggunakan Heat Gun.

Halakan udara panas pada permukaan salutan sehingga buih udara tersebut hilang. Buih udara ini juga boleh dihilangkan dengan menggunakan semburan api, bahan Aceton dan Vacuum Chamber.

Artikel 3 Faktor Yang Menyebabkan Buih Udara Epoxy Terhasil Pada Permukaan ini diambil daripada laman web Epoxy Xpert Resources.

]]>
3 Perkara Yang Akan Terjadi Jika Anda Tidak Mengikut Nisbah Campuran Epoxy Yang Betul https://epoxyxpert.com/nisbah-campuran-epoxy/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=nisbah-campuran-epoxy Sat, 06 Jul 2019 04:50:44 +0000 https://epoxyxpert.com/?p=471 Epoxy Xpert Resources
3 Perkara Yang Akan Terjadi Jika Anda Tidak Mengikut Nisbah Campuran Epoxy Yang Betul

Sistem salutan Epoxy mengandungi dua bahan penting iaitu Epoxy (Part A) dan hardener (Part B). Anda perlu mencampur kedua-dua bahan tersebut mengikut nisbah campuran epoxy dan hardener yang betul sebelum boleh digunakan sebagai salutan Epoxy. Campuran kedua-dua bahan tersebut perlu mengikut nisbah campuran epoxy dan hardener yang betul supaya campuran kedua-dua bahan tersebut mengalami proses […]

Artikel 3 Perkara Yang Akan Terjadi Jika Anda Tidak Mengikut Nisbah Campuran Epoxy Yang Betul ini diambil daripada laman web Epoxy Xpert Resources.

]]>
Epoxy Xpert Resources
3 Perkara Yang Akan Terjadi Jika Anda Tidak Mengikut Nisbah Campuran Epoxy Yang Betul

Sistem salutan Epoxy mengandungi dua bahan penting iaitu Epoxy (Part A) dan hardener (Part B). Anda perlu mencampur kedua-dua bahan tersebut mengikut nisbah campuran epoxy dan hardener yang betul sebelum boleh digunakan sebagai salutan Epoxy.

Epoxy-Resin-Flake-Coating-Flooring-Malaysia-Epoxy-Xpert-Resources-801
Kerja Team EXR baikpulih lantai rosak di hotel.

Campuran kedua-dua bahan tersebut perlu mengikut nisbah campuran epoxy dan hardener yang betul supaya campuran kedua-dua bahan tersebut mengalami proses mengeras (curing process) yang sempurna.

Nisbah campuran yang biasa kami gunakan ialah 2 nisbah 1 atau 2:1.

Jika anda tidak mencampurkan kedua-dua bahan tersebut mengikut nisbah campuran epoxy yang betul serta campuran tidak sebati, proses pengerasan atau curing process tidak akan sempurna dan seterusnya merosakkan salutan Epoxy tersebut.  

Nisbah Campuran Epoxy dan Hardener

Dalam artikel ini kami akan kongsikan akibat yang akan berlaku jika anda tidak mencampur nisbah campuran Epoxy dan Hardener dengan betul.

nisbah campuran
Campuran Epoxy & Hardener

1. LANTAI EPOXY AKAN MELEKIT

Permukaan lantai yang telah disalut dengan salutan Epoxy sama ada menggunakan sistem Epoxy Flake Coating atau lain-lain sistem salutan, ia akan menjadi sangat melekit jika proses pengerasan atau Curing Process tidak sempurna.

Campuran bahan Epoxy dan Hardener tersebut tidak akan mengeras keseluruhannya.

Ini adalah disebabkan nisbah campuran yang salah. Anda telah terlebih memasukkan jumlah isipadu Epoxy berbanding nisbah yang sepatutnya.

Curing Process atau proses mengeras juga akan mengambil masa yang lama. Situasi ini adalah situasi yang paling teruk kerana amat susah untuk anda baiki semula keadaan lantai tersebut.

Untuk membaikinya, anda terpaksa membuang semua salutan yang telah dibuat dan anda perlu menyalut semula permukaan lantai.

Ini akan mengakibatkan kos akan meningkat berkali ganda. Oleh itu, sila pastikan terlebih dahulu berapa nisbah campuran Epoxy dan Hardener yang hendak digunakan.

Andaikata anda tersilap juga mencampur lebih Epoxy, anda boleh cuba lebihkan sedikit Hardener dalam campuran tersebut dengan anggaran separuh daripada isipadu Epoxy yang terlebih tadi.

Sekurang-kurangnya anda ada peluang untuk selamatkan campuran tersebut daripada membazir sebelum disalut pada permukaan lantai.

2. LANTAI EPOXY TIDAK AKAN MENGERAS DAN TIDAK TAHAN LAMA

Jika permukaan lantai tidak melekit sekalipun, salutan Epoxy yang tersalah nisbah campuran akan menyebabkan ianya tidak betul-betul mengeras.

Keadaan Epoxy yang tidak mengeras dengan sempurna ini akan menyebabkan salutan tersebut mudah tertanggal daripada lantai.

Ikatan kimia atau Chemical Bonding salutan Epoxy itu sudah tidak begitu kuat.

epoxy flake coating epoxy resin flake coating flooring malaysia polimer

Ia juga akan menyebabkan permukaan lantai juga menjadi cepat kotor kerana kesan calar mudah berlaku.

Ikatan fizikal atau Physical Bonding antara salutan Epoxy dan lantai mozek/konkrit juga sangat lemah dan tidak akan bertahan lama.

Sepatutnya salutan Epoxy tersebut sangat  tahan lasak, kekal lama dan boleh bertahan melebihi 10 tahun.

Bagi kami sendiri, untuk sistem Epoxy Colour Coating (ECC), kami akan berikan waranti kepada pelanggan kami selama 3 tahun jaminan.

3. LANTAI EPOXY AKAN MUDAH MEREKAH DAN PECAH

Salutan Epoxy pada permukaan lantai juga berkemungkinan akan merekah dan mudah pecah jika tersalah nisbah campuran.

Jika ini berlaku, berkemungkinan besar anda tersalah nisbah campuran dengan memasukkan jumlah Hardener yang lebih banyak berbanding nisbah sebenar.

Salutan pada permukaan lantai tersebut anda menjadi sangat rapuh. Masa yang diambil untuk proses mengeras atau Curing Process adalah sangat cepat.

Lantai Epoxy anda berkemungkinan tidak mampu untuk bertahan dalam jangka masa yang lama.

nisbah campuran epoxy
Gunakan penimbang biasa atau penimbang digital.

Artikel 3 Perkara Yang Akan Terjadi Jika Anda Tidak Mengikut Nisbah Campuran Epoxy Yang Betul ini diambil daripada laman web Epoxy Xpert Resources.

]]>
Apa Itu Epoxy? https://epoxyxpert.com/apa-itu-epoxy/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=apa-itu-epoxy Mon, 07 Jan 2019 09:33:55 +0000 https://epoxyxpert.com/?p=94 Epoxy Xpert Resources
Apa Itu Epoxy?

Mungkin ramai yang masih tidak tahu apa itu Epoxy (sebutannya epoksi). Hal ini kerana bahan yang digunakan dalam bidang pembinaan ini (terutamanya) dan juga bidang-bidang lain masih lagi baru dalam negara kita, Malaysia. Jadi kami, Team EXR , akan cuba untuk memberi kefahaman kepada mereka yang masih baru dalam bidang berkaitan Epoxy ini agar kita […]

Artikel Apa Itu Epoxy? ini diambil daripada laman web Epoxy Xpert Resources.

]]>
Epoxy Xpert Resources
Apa Itu Epoxy?

Mungkin ramai yang masih tidak tahu apa itu Epoxy (sebutannya epoksi). Hal ini kerana bahan yang digunakan dalam bidang pembinaan ini (terutamanya) dan juga bidang-bidang lain masih lagi baru dalam negara kita, Malaysia.

Jadi kami, Team EXR , akan cuba untuk memberi kefahaman kepada mereka yang masih baru dalam bidang berkaitan Epoxy ini agar kita dapat sama-sama fahami dan dapat membantu anda semua mendapatkan maklumat yang tepat apa itu epoxy dan kegunaan epoxy.

Epoxy Xpert Resources EXR Epoxy Resin Flake Coating Flooring Malaysia
Team EXR – Epoxy Xpert Resources Sdn. Bhd.

Kami akan berkongsi berdasarkan pengetahuan dan pengalaman kami selama lebih 4 tahun dalam menggunakan epoxy sebagai bahan utama dalam projek-projek syarikat kami iaitu Epoxy Xpert Resources Sdn. Bhd.

Ramai yang belum tahu apa itu Epoxy.

Epoxy adalah suatu bahan kimia dalam kategori resin atau gam yang dihasilkan melalui proses polimerisasi daripada Epoxide. Kebiasaannya Epoxy banyak digunakan sebagai bahan pelekat (adhesive) dan juga sebagai salutan (coating).

Dalam ujikaji kimia, Epoxy adalah thermosetting resin yang mampu membentuk struktur ikatan silang polimer (cross-polymer) yang terhubung erat dan kuat.

Epoxy juga diklasifikasikan sebagai bahan kimia yang mempunyai kekuatan dari segi lekatan (strong adhesion), terutamanya apabila digunakan sebagai salutan lantai (floor coatings).

epoxy-flake-coating-epoxy-resin-flake-coating-flooring-malaysia-72
Campuran cecair Epoxy dan Hardener bertukar menjadi pepejal.

Epoxy Bahan Polimer

Epoxy sebagai bahan polimer bermula sebagai cecair dan kemudian secara kimia boleh berubah menjadi pepejal.

Polimer berasaskan epoksi secara mekanikal sangat kuat. Ia juga sangat kuat melekat semasa proses pertukaran dari cecair ke pepejal. Secara kimia ia mempunyai ketahanan yang tinggi daripada hakisan unsur-unsur kimia lain ketika dalam bentuk pepejal.

Terdapat pelbagai bahan kimia yang berasaskan epoxy boleh diformulasikan membentuk Sistem Salutan Epoxy.

epoxy flake coating epoxy resin flake coating flooring malaysia polimer

Sistem Salutan Epoxy

Sistem Salutan Epoxy atau Epoxy Coating Systems secara fizikalnya mempunyai 2 kompenan utama iaitu resin (juga kebiasaanya disebut sebagai epoxy itu sendiri) dan pengeras (hardener).

Resin kebiasaannya tidak berwarna dan jernih seakan-akan air, teksturnya likat dan tidak berbau. Kelikatannya dan kejernihannya menyebabkan resin selalu disebut sebagai gam epoxy.

Manakala, pengeras (hardener) pula kebiasaannya berwarna jernih kekuningan, teksturnya sedikit cair dan kurang likat. Pengeras juga mempunyai sedikit bau.

Apabila kedua-dua komponen ini dicampur, ianya akan bertindakbalas membentuk ikatan kimia bersama-sama. Apabila tindak balas kimia telah lengkap, campuran tadi akan membentuk bahan salutan yang sangat kuat dan teguh.

Di pasaran terdapat banyak jenis nisbah campuran bagi Epoxy dan Hardener. Ada nisbah campuran 1:1, ada nisbah 2:1, 3:1, 4:1 dan lain-lain nisbah mengikut spesifikasi pengeluar.

Nisbah Epoxy dan Hardener yang kami biasa gunakan ialah nisbah 2:1 iaitu 2 bagi mewakili Epoxy dan 1 mewakili Hardener.

Contohnya, jika berat Epoxy 200 gram, maka anda perlu gunakan 100 gram Hardener sebagai bahan campuran. Jika anda gunakan 1kg Epoxy, maka anda perlukan 0.5kg Hardener. Begitulah nisbah 2:1.

Anda perlu mencampurkan kedua-dua bahan tersebut mengikut nisbah yang betul agar proses pengerasan (curing process) berlaku dengan sempurna. Untuk penerangan yang lebih jelas, anda boleh baca 3 Perkara Yang Akan Terjadi Jika Anda Tidak Mengikut Nisbah Campuran Epoxy Yang Betul.

Kenapa Menggunakan Epoxy?

Epoxy terkenal dengan kekuatan lekatan, penebat haba yang baik, ciri mekanikal yang teguh, ikatan kimia yang kukuh serta boleh diformulasi dalam pelbagai keadaan bagi kegunaan industri.

Cecair bahan kimia Epoxy juga sangat terkenal dengan kekuatan dan ketahanan sebagai salutan menyebabkan ianya semakin terkenal dalam industri pembinaan.

Selain daripada ketahanannya, Epoxy juga bersifat kalis air atau waterproofing yang bertindak sebagai pencegah kebocoran(leaking).

Ini amat sesuai untuk pembinaan lantai yang memerlukan ciri-ciri cegah bocor seperti lantai bilik air mahupun bumbung Slab konkrit.

Sekarang anda sudah tahu serba sedikit apa itu Epoxy…

Kami di EXR menggunakan kaedah sistem salutan epoxy sendiri iaitu Epoxy Colour Coating (ECC) yang dijenamakan daripada sistem Epoxy Flake Coating.

ECC adalah suatu kaedah dimana permukaan lantai sedia ada akan diperbaharui dan ditambah kualiti menggunakan salutan cecair bahan kimia Epoxy dan empingan Color Flakes.

Kami di EXR menggunakan kaedah ECC bagi membantu pelanggan-pelanggan kami yang menghadapi masalah lantai bilik air yang bocor, bumbung slab yang bocor atau pemilik kilang yang mahukan lantai kerja yang tahan dan lasak.

Team EXR Epoxy Xpert Resources EXR Epoxy Resin Flake Coating Flooring Malaysia 99 1

Gambar dibawah adalah salah satu kerja ECC yang telah berjaya disiapkan. Jika anda ingin lihat lebih banyak hasil kerja ECC, bolehlah lihat di ruangan porfolio ECC Rumah Kediaman atau Projek ECC.

15 bm 1

Artikel Apa Itu Epoxy? ini diambil daripada laman web Epoxy Xpert Resources.

]]>