3 Faktor Yang Menyebabkan Buih Udara Terhasil Pada Permukaan Epoxy

3 Faktor Yang Menyebabkan Buih Udara Terhasil Pada Permukaan Epoxy

  • Post author:
  • Post category:Epoxy

Banyak faktor yang menyebabkan buih-buih udara terhasil dan kelihatan pada permukaan salutan Epoxy. Buih-buih udara ini bukan sahaja menyebabkan permukaan Epoxy nampak tidak cantik, bahkan boleh merosakkan struktur permukaan Epoxy itu sendiri.

Selain daripada bertujuan untuk memperbaharui permukaan lantai (guna kaedah Epoxy Flake Coating atau lain-lain sistem epoxy), salutan Epoxy juga dibuat untuk mengatasi masalah kebocoran terutama di bumbung slab atau lantai konkrit.

Jika terdapat banyak buih udara yang terhasil semasa proses salutan, maka akan muncul banyak lubang-lubang (pinholes) pada permukaan salutan Epoxy apabila ianya telah mengeras.

Jadi salutan Epoxy yang dibuat tidak akan membantu untuk menyelesaikan masalah kebocoran bumbung slab atau lantai konkrit itu tadi.

Oleh itu, anda perlu mengetahui sebab-sebab yang boleh mengakibatkan buih udara terjadi supaya anda boleh meminimumkan penghasilan buih udara pada permukaan salutan Epoxy. Ini supaya hasil kerja anda kemas dan tiada lagi masalah yang akan timbul.

Dalam artikel ini, kami akan huraikan 3 faktor yang menyebabkan buih udara terhasil pada permukaan epoxy agar anda boleh elakkan supaya hasil salutan epoxy anda kemas dan tiada masalah yang akan berlaku di kemudian hari.

1. BUIH UDARA TERHASIL KETIKA CURING PROCESS

Buih- buih udara  ini terhasil ketika Curing Process iaitu ketika tindakbalas kimia antara campuran Epoxy dan Hardener. Buih ini adalah buih udara biasa dan sangat halus.

Buih udara ini boleh dihilangkan dengan menggunakan Heat Gun. Halakan udara panas pada permukaan salutan sehingga buih udara tersebut hilang. Ada juga yang menggunakan semburan api untuk hilangkan buih udara tersebut.

hot air heatgun epoxy coating bubbles
Heat Gun @ Hot Air Gun

Kaedah lain juga dengan menggunakan bahan kimia Acetone yang boleh disembur untuk hilangkan buih udara tersebut. Anda perlu berhati-hati ketika menggunakan bahan kimia Acetone kerana ianya sangat mudah terbakar.

Selain itu, anda boleh gunakan mesin vakum khas (Vacuum Chamber) untuk menghilangkan buih udara tersebut.

2. UDARA KELUAR DARIPADA KONKRIT

Jika anda buat salutan Epoxy pada permukaan konkrit, penyebab utama yang menyebabkan terhasilnya buih-buih udara pada permukaan salutan Epoxy adalah udara-udara yang keluar daripada konkrit (Outgassing).

Antara cara untuk halang udara-udara yang keluar daripada konkrit adalah dengan menyalut permukaan konkrit tersebut terlebih dahulu dengan salutan primer (Primer Coating).

Proses salutan primer ini harus dilakukan secara menyeluruh dan sempurna supaya udara-udara yang terperangkap didalam konkrit tidak dapat keluar ke atas permukaan konkrit.

Cara lain untuk hilangkan buih udara tersebut adalah dengan menggunakan penggelek berduri (Spike Roller) terutamanya ketika membuat salutan epoxy yang tebal. Ini kerana salutan epoxy yang tebal akan menghasilkan buih udara yang sangat banyak.

spike roller salutan epoxy coating metallic epoxy floor
Spike Roller

Selepas buat salutan Epoxy, gelek penggelek berduri di keseluruhan kawasan yang disalut, sebelum campuran Epoxy mengeras. Penggelek berduri ini berfungsi untuk memecahkan buih-buih udara yang terhasil.

3. BUIH UDARA TERHASIL KETIKA MIXING PROCESS

Buih udara juga boleh terhasil ketika anda melakukan proses Pengadunan (Mixing Process) antara campuran Epoxy dan Hardener.

buih epoxy resin
Buih udara pada campuran Epoxy dan Hardener
Kredit Gambar : compositeenvisions.com

Anda tidak boleh adun//kacau campuran kedua-dua bahan tersebut dengan kelajuan yang tinggi. Sama ada anda menggunakan kaedah manual (kacau menggunakan Roller) atau anda kacau menggunakan mesin pengadun Elektrik (Electric Mixer Machine).

Kacau dengan kelajuan sederhana agar anda dapat meminimumkan penghasilan buih udara. Sama seperti gas udara yang terhasil bagi proses tindakbalas biasa, anda boleh hilangkan buih udara yang terhasil akibat proses pengadunan dengan menggunakan Heat Gun.

Halakan udara panas pada permukaan salutan sehingga buih udara tersebut hilang. Buih udara ini juga boleh dihilangkan dengan menggunakan semburan api, bahan Aceton dan Vacuum Chamber.