You are currently viewing Apa Itu Epoxy?

Apa Itu Epoxy?

  • Post author:
  • Post category:Epoxy

Mungkin ramai yang masih tidak tahu apa itu Epoxy (sebutannya epoksi). Hal ini kerana bahan yang digunakan dalam bidang pembinaan ini (terutamanya) dan juga bidang-bidang lain masih lagi baru dalam negara kita, Malaysia.

Jadi kami, Team EXR , akan cuba untuk memberi kefahaman kepada mereka yang masih baru dalam bidang berkaitan Epoxy ini agar kita dapat sama-sama fahami dan dapat membantu anda semua mendapatkan maklumat yang tepat apa itu epoxy dan kegunaan epoxy.

Epoxy Xpert Resources EXR Epoxy Resin Flake Coating Flooring Malaysia
Team EXR – Epoxy Xpert Resources Sdn. Bhd.

Kami akan berkongsi berdasarkan pengetahuan dan pengalaman kami selama lebih 4 tahun dalam menggunakan epoxy sebagai bahan utama dalam projek-projek syarikat kami iaitu Epoxy Xpert Resources Sdn. Bhd.

Ramai yang belum tahu apa itu Epoxy.

Epoxy adalah suatu bahan kimia dalam kategori resin atau gam yang dihasilkan melalui proses polimerisasi daripada Epoxide. Kebiasaannya Epoxy banyak digunakan sebagai bahan pelekat (adhesive) dan juga sebagai salutan (coating).

Dalam ujikaji kimia, Epoxy adalah thermosetting resin yang mampu membentuk struktur ikatan silang polimer (cross-polymer) yang terhubung erat dan kuat.

Epoxy juga diklasifikasikan sebagai bahan kimia yang mempunyai kekuatan dari segi lekatan (strong adhesion), terutamanya apabila digunakan sebagai salutan lantai (floor coatings).

epoxy-flake-coating-epoxy-resin-flake-coating-flooring-malaysia-72
Campuran cecair Epoxy dan Hardener bertukar menjadi pepejal.

Epoxy Bahan Polimer

Epoxy sebagai bahan polimer bermula sebagai cecair dan kemudian secara kimia boleh berubah menjadi pepejal.

Polimer berasaskan epoksi secara mekanikal sangat kuat. Ia juga sangat kuat melekat semasa proses pertukaran dari cecair ke pepejal. Secara kimia ia mempunyai ketahanan yang tinggi daripada hakisan unsur-unsur kimia lain ketika dalam bentuk pepejal.

Terdapat pelbagai bahan kimia yang berasaskan epoxy boleh diformulasikan membentuk Sistem Salutan Epoxy.

epoxy flake coating epoxy resin flake coating flooring malaysia polimer

Sistem Salutan Epoxy

Sistem Salutan Epoxy atau Epoxy Coating Systems secara fizikalnya mempunyai 2 kompenan utama iaitu resin (juga kebiasaanya disebut sebagai epoxy itu sendiri) dan pengeras (hardener).

Resin kebiasaannya tidak berwarna dan jernih seakan-akan air, teksturnya likat dan tidak berbau. Kelikatannya dan kejernihannya menyebabkan resin selalu disebut sebagai gam epoxy.

Manakala, pengeras (hardener) pula kebiasaannya berwarna jernih kekuningan, teksturnya sedikit cair dan kurang likat. Pengeras juga mempunyai sedikit bau.

Apabila kedua-dua komponen ini dicampur, ianya akan bertindakbalas membentuk ikatan kimia bersama-sama. Apabila tindak balas kimia telah lengkap, campuran tadi akan membentuk bahan salutan yang sangat kuat dan teguh.

Di pasaran terdapat banyak jenis nisbah campuran bagi Epoxy dan Hardener. Ada nisbah campuran 1:1, ada nisbah 2:1, 3:1, 4:1 dan lain-lain nisbah mengikut spesifikasi pengeluar.

Nisbah Epoxy dan Hardener yang kami biasa gunakan ialah nisbah 2:1 iaitu 2 bagi mewakili Epoxy dan 1 mewakili Hardener.

Contohnya, jika berat Epoxy 200 gram, maka anda perlu gunakan 100 gram Hardener sebagai bahan campuran. Jika anda gunakan 1kg Epoxy, maka anda perlukan 0.5kg Hardener. Begitulah nisbah 2:1.

Anda perlu mencampurkan kedua-dua bahan tersebut mengikut nisbah yang betul agar proses pengerasan (curing process) berlaku dengan sempurna. Untuk penerangan yang lebih jelas, anda boleh baca 3 Perkara Yang Akan Terjadi Jika Anda Tidak Mengikut Nisbah Campuran Epoxy Yang Betul.

Kenapa Menggunakan Epoxy?

Epoxy terkenal dengan kekuatan lekatan, penebat haba yang baik, ciri mekanikal yang teguh, ikatan kimia yang kukuh serta boleh diformulasi dalam pelbagai keadaan bagi kegunaan industri.

Cecair bahan kimia Epoxy juga sangat terkenal dengan kekuatan dan ketahanan sebagai salutan menyebabkan ianya semakin terkenal dalam industri pembinaan.

Selain daripada ketahanannya, Epoxy juga bersifat kalis air atau waterproofing yang bertindak sebagai pencegah kebocoran(leaking).

Ini amat sesuai untuk pembinaan lantai yang memerlukan ciri-ciri cegah bocor seperti lantai bilik air mahupun bumbung Slab konkrit.

Sekarang anda sudah tahu serba sedikit apa itu Epoxy…

Kami di EXR menggunakan kaedah sistem salutan epoxy sendiri iaitu Epoxy Colour Coating (ECC) yang dijenamakan daripada sistem Epoxy Flake Coating.

ECC adalah suatu kaedah dimana permukaan lantai sedia ada akan diperbaharui dan ditambah kualiti menggunakan salutan cecair bahan kimia Epoxy dan empingan Color Flakes.

Kami di EXR menggunakan kaedah ECC bagi membantu pelanggan-pelanggan kami yang menghadapi masalah lantai bilik air yang bocor, bumbung slab yang bocor atau pemilik kilang yang mahukan lantai kerja yang tahan dan lasak.

Team EXR Epoxy Xpert Resources EXR Epoxy Resin Flake Coating Flooring Malaysia 99 1

Gambar dibawah adalah salah satu kerja ECC yang telah berjaya disiapkan. Jika anda ingin lihat lebih banyak hasil kerja ECC, bolehlah lihat di ruangan porfolio ECC Rumah Kediaman atau Projek ECC.

15 bm 1