Apa itu Epoxy Colour Coating (ECC)?

Apa itu Epoxy Colour Coating (ECC)?

ECC mula dikenalkan pada tahun 2016 oleh Epoxy Xpert Resources (M) Sdn Bhd di Kuantan. Kaedah ini menggunakan epoxy resin sebagai bahan utama dan colour flake sebagai bahan composite-nya.

Proses pemasangan ECC bermula dengan langkah persediaan permukaan iaitu dengan mengkasarkan lantai. Setelah itu semua lubang yang terdapat dilubang lantai akan ditutup dahulu epoxy filler (epoxy cement).

Penutup lubang air (floor trap) perlu ditukar jika keadaan simen sekitar lubang pecah atau rosak. Tujuan utamaya adalah untuk menghalang air daripada masuk kedalam lubang air pada bahagian simen tersebut.

Epoxy Resin Flake Coating & Flooring Malaysia LANGKAH KERJA ECC
Antara Langkah Kerja ECC

Setelah selesai persediaan permukaan, langkah seterusnya dengan melapis lapisan primer. Kemudian flake akan di ratakan pada primer.

Biarkan lapisan ini separa kering. Separa kering ini dipanggil pot life. Setelah selesai pot life, bersihkan flake yg tidak sempurna lekat.

Setelah itu lapisan atas (top coat) akan di lapiskan ke atasnya. Keseluruhan proses mengambil masa 5 jam ke 8 jam sahaja untuk satu bilik air saiz standard.

Setelah proses ini selesai, biarkan selama 12 jam. Biasanya jika kerja pemasangan siap pukul 5 petang, 5 pagi esoknya bilik air dah boleh digunakan.

Secara asasnya kaedah ini hanya mengambil masa satu hari sahaja untuk di siapkan. Kebiasaanya dalam masa 7 hari kesan bocor akan mula mengering.

Inilah serba ringkas langkah pembuatan ECC. Jom tonton video ringkas kaedah pemasangan ECC di YouTube Channel #TeamEXR.